Kes harian Thailand catat penurunan

BANGKOK 15 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan hari ini apabila 6,343 kes baharu direkodkan berbanding 7,079 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,024,753.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 45 kematian dilaporkan berbanding 47 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 20,081 orang.

Daripada 6,343 kes hari ini, sebanyak 6,155 kes melibatkan penduduk awam termasuk 12 kes import manakala 188 adalah dalam kalangan banduan. Jumlah keseluruhan kes adalah

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 45 kematian melibatkan individu berusia antara 39 dan 100 tahun termasuk dua warga Myanmar.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 790 kes diikuti Songkhla 462, Nakhon Si Thammarat 428, Chiang Mai 376, Pattani 318, Surat Thani 231, Yala 207, Narathiwat 193, Chon Buri 185 dan 168 kes di Samut Prakan.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Malaysia (1), Jerman (1), Finland (1),  United Kingdom (1), Belgium (1), Myanmar (4) dan Kemboja (3).

Pada Ahad sebanyak 94,163 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,776  yang kritikal dan 417 bergantung kepada ventilator.

Kes sembuh pula sebanyak 7,663 menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 2,024,753.

Related posts

Leave a Comment