Khasiat Siakap

Petikan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)
IKAN siakap kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.

Masaklah secara sihat sama ada secara kukus dan panggang. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol.

Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan malam yang terlalu lewat kerana boleh menjejaskan kualiti tidur anda dan menganggu proses penurunan berat badan.

Jika anda menikmatinya dengan #keluargamalaysia yang lain, sentiasa patuh pada SOP walaupun anda telah divaksin. Jadikan norma baharu sebagai kebiasaan harian. Tingkatkan penilaian kendiri melalui TRIIS iaitu test (uji), report (lapor), inform (maklum), isolate (asing) dan seek (dapatkan rawatan).

#AgendaNasionalMalaysiaSihat

#ReopeningSafely

Related posts

Leave a Comment