301,503 terima dua dos vaksin

BERAKAS 15 Nov. – Sebanyak 89.1 peratus atau 383,195 penduduk Brunei Darussalam telah menerima suntikan dos pertama manakala 70.1 peratus atau 301,503 orang menerima dua dos.

Setakat pukul 5 petang Ahad lalu, sebanyak 684,698 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada penduduk negara itu.

Sementara itu, Brunei Darussalam hari ini merekodkan 54 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 14,269, kata Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar.

Katanya, dalam tempoh 24 jam, sebanyak empat kluster baharu dikesan yang melibatkan 17 kes, dan kesemuanya adalah kluster kediaman termasuk tiga kluster berkaitan asrama pekerja.

Sebanyak 17 kes baharu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Menurut beliau lagi, terdapat 20 tambahan kes baharu pada lapan kluster aktif sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Sebanyak lapan kluster iaitu Kluster Hua Ho Manggis, Kluster Guardian Distribution Centre, Kluster Takaza Sdn Bhd, Kluster Degymix Enterprise, Kluster 4771 , Kluster 6678, Kluster 7327 dan Kluster 9543 ditutup selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

Dr. Md Isham juga memberitahu, sebanyak 83 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 13,645 kes, di mana jumlah kluster aktif pula 526.

”Dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan sekarang, empat kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation),” katanya.

Satu kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 1,465  sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 561,606

Related posts

Leave a Comment