Filipina catat 1,547 kes baharu

MANILA 15 Nov. – Filipina hari ini merekodkan 1,547 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,818,511.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian pula meningkat kepada 45,709 orang apabila 128 lagi disahkan meninggal dunia.

Di samping itu, jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah 2,601 orang menjadikan jumlah keseluruhan 2,745,777 pesakit pulih.

Kes aktif pula 27,025 turun sedikit berbanding 28,102 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment