Kes harian Arab Saudi di bawah 50

RIYADH 15 Nov. –  Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus merekodkan angka di bawah 50 dengan 38 kes baharu direkodkan hari ini.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 30 kes semalam dan sebelumnya sejak 7 November antara 38 dan 49 kes harian.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama juga, tiga lagi dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,260 kes manakala kematian pula 8,816 orang.

Sebanyak 55 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 538,329 orang bebas daripada virus itu.

Menurut Kementerian, dalam kalangan kes aktif, 49 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment