Kluster majlis kahwin, ‘potong jambul’

KOTA KINABALU 7 Nov. – Seramai 52 penduduk kampung dijangkiti Covid-19 setakat ini berikutan penularan virus dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam majlis perkahwinan dan upacara potong jambul. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata, majlis itu telah mencetuskan kluster baharu Covid-19 melibatkan jangkitan dalam komuniti. Jurucakap Kerajaan Negeri Sabah berkaitan perkembangan harian Covid-19 itu berkata kluster baharu di Kampung Karanaan itu dikesan selepas seorang lelaki tempatan yang juga kakitangan awam berumur 29 tahun didapati positif. Katanya, majlis perkahwinan dan upacara potong jambul itu turut dihadiri saudara…

Read More

Brunei catat kes harian terendah

BERAKAS 7 Nov. – Brunei Darussalam merekodkan 40 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, angka terendah sejak Ogos menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,782, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar. Katanya, terdapat 24 tambahan kes melibatkan lapan kluster sedia ada yang mempunyai kaitan dengan kontak rapat beberapa kes sebelumnya. Sebanyak 16 kes baharu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan. Tiada kluster baharu direkodkan tetapi satu kluster iaitu Kluster Ops Bukit Beruang ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari manakala 183 kluster masih aktif.…

Read More

Arab Saudi catat 40 kes harian

RIYADH 7 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian di bawah 50 apabila jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 40 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga sebanyak satu kematian dilaporkan. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,930 manakala kematian pula mencecah 8,804 orang. Kementerian Kesihatan juga memberitahu sebanyak 64 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 537,858 orang. Berdasarkan maklumat Kementerian, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 50 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

Iman jadikan 4 penjuru di Machap Jaya

SEREMBAN 7 Nov. – Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila mengumumkan calon tunggalnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya. Berikutan penyertaan Iman, DUN Machap Jaya dijangka menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Iman. Iman, sebuah parti politik yang mewakili masyarakat India Muslim mencalonkan seorang ahli perniagaan, Abdul Aziz Osani Kasim, 52. Pada Pilihan Raya Umum lalu, kerusi DUN Machap Jaya dimenangi PKR dan kali ini PKR menurunkan calonnya Law Bing…

Read More

Kosong kerusi jika lompat parti

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Lima calon Gerakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menandatangani akuan bersumpah (SD) dalam usaha meraih keyakinan dan kepercayaan pengundi di negeri berkenaan. Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata langkah ‘kendiri’ diambil parti itu bermatlamat sebagai ‘perlindungan tambahan’ bagi mencerminkan mustahaknya nilai kesetiaan untuk ditonjolkan kepada rakyat. Beliau berkata jika calon dari parti itu bertindak melompat parti seandainya menang PRN Melaka, individu itu dikehendaki mengosongkan kerusi ditandingi mereka sejajar persetujuan yang ditandatangani dalam SD berkenaan “Mengapa kita…

Read More

Takiyuddin kekal SUA Pas

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pas melantik dan mengekalkan khidmat Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung,  Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari dan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas Muktamar Tahunan Pas kali ke-67 hari ini. “Pelantikan ini berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) serta persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2021-2023 pula akan disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Read More

MN, PN rintis peluang PH?

SIAPA untung dan siapa rugi? Itu persoalan yang timbul apabila parti-parti politik yang membentuk kerajaan Pusat tidak senada mengenai kerjasama dalam menghadapi Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Mungkin masing-masing sedang ‘mabuk kuasa’ atau ‘khayal’ dengan keupayaan dan kekuatan mereka yang belum diuji di gelanggang sebenar. Parti-parti politik ini sedar kesan ‘perbalahan’ ini. Lebih banyak rugi dari untung. Umpama “Menang sorak kampung tergadai” ataua “Antan lesung berlaga sesama sendiri, beras tertumpah, ayam yang kenyang,” Menyelak kembali kerjasama sebelum ini, melalui beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK), UMNO…

Read More

Sydney longgar sekatan

SYDNEY, bandar terbesar Australia di wilayah New South Wales akan melonggarkan lagi sekatan jarak selamat esok (pada Isnin 8 Nov), sebulan selepas perintah berkurung hampir 100 hari tamat. Langkah itu berikutan hampir 90 peratus penduduk lengkap menerima kedua-dua dos vaksin. Walaupun dihadkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksin, kelonggaran di antara lain termasuk menarik balik had ke atas bilangan tetamu yang datang ke rumah dan perhimpunan di luar. “Kami memimpin negara keluar daripada pandemik,” kata ketua menteri wilayah Dominic Perrottet sambil menyeru penduduk mencapai kadar vaksinasi 95 peratus ketika ada…

Read More

Angka terendah sejak 6 bulan

PUTRAJAYA 7 Nov. – Sebanyak 4,343 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, terendah direkodkan sejak enam bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,506,309 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebahagian besar daripada kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 4,275 kes atau 98.4 peratus, manakala selebihnya 68 kes atau 1.6 peratus kategori 3,4 dan 5. Manakala kes sembuh hari ini pula adalah sebanyak 5,190 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,412,395 kes. Jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan…

Read More

Lima penjuru di Pengkalan Batu

MELAKA 7 Nov – Kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu dijangka menyaksikan pertandingan lima penjuru apabila Norhizam Hassan Baktee mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi itu sebagai calon Bebas. Walaupun mendapat tawaran sekurang-kurangnya dari empat parti politik,beliau memilih Bebas untuk menghadapi sekurang-kurangnya empat calon lagi yang mewakili pelbagai parti politik. Sebelum ini, empat parti mengumumkan calon masing-masing untuk merebut kerusi DUN berkenaan iaitu BN (UMNO), PN (Bersatu), PH (DAP) dan Putra. Norhizam yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu atas tiket PH meletakkan keyakinan lebih 80 peratus…

Read More