Takiyuddin kekal SUA Pas

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pas melantik dan mengekalkan khidmat Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung,  Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari dan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas Muktamar Tahunan Pas kali ke-67 hari ini.

“Pelantikan ini berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) serta persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2021-2023 pula akan disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Related posts

Leave a Comment