Angka terendah sejak 6 bulan

PUTRAJAYA 7 Nov. – Sebanyak 4,343 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, terendah direkodkan sejak enam bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,506,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebahagian besar daripada kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 4,275 kes atau 98.4 peratus, manakala selebihnya 68 kes atau 1.6 peratus kategori 3,4 dan 5.

Manakala kes sembuh hari ini pula adalah sebanyak 5,190 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,412,395 kes.

Jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 554 orang, dan daripada jumlah itu 272 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment