Arab Saudi catat 40 kes harian

RIYADH 7 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian di bawah 50 apabila jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 40 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga sebanyak satu kematian dilaporkan.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,930 manakala kematian pula mencecah 8,804 orang.

Kementerian Kesihatan juga memberitahu sebanyak 64 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 537,858 orang.

Berdasarkan maklumat Kementerian, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 50 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment