Sydney longgar sekatan

SYDNEY, bandar terbesar Australia di wilayah New South Wales akan melonggarkan lagi sekatan jarak selamat esok (pada Isnin 8 Nov), sebulan selepas perintah berkurung hampir 100 hari tamat.

Langkah itu berikutan hampir 90 peratus penduduk lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Walaupun dihadkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksin, kelonggaran di antara lain termasuk menarik balik had ke atas bilangan tetamu yang datang ke rumah dan perhimpunan di luar.

“Kami memimpin negara keluar daripada pandemik,” kata ketua menteri wilayah Dominic Perrottet sambil menyeru penduduk mencapai kadar vaksinasi 95 peratus ketika ada segelintir penduduk mengadakan tunjuk perasaan antivaksin.

Australia melonggarkan sekatan sempadan antarabangsa pada 1 November buat kali pertama sejak pandemik melanda, tetapi hanya untuk penduduk yang lengkap divaksin yang datang dari negara yang mempunyai tahap vaksinasi yang tinggi.

Bagaimanapun perjalanan dalam negara masih terbatas, memandangkan kebanyakan negeri dan wilayah masih menutup sempadannya.

Related posts

Leave a Comment