72 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 2 Nov. – Sebanyak 75 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan pada hari ini, termasuk tiga kes import yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,321. orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 26 tambahan kes baharu pada lapan kluster aktif, yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Katanya terdapat tiga kluster baharu dikesan dengan 20 kes iaitu Kluster Syazwanes Contractor Sdn Bhd , Kluster Meem Sdn Bhd dan Kluster Ban 3 Construction Staffhouse iaitu asrama pekerja asing. Satu kluster ditutup selepas tiada…

Read More

Kes harian Thailand 7,574

BANGKOK 2 Nov. – Sebanyak 7,574 kes baharu Covid-19 direkodkan, yang menunjukkan penurunan berbanding 8,165 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,927,763 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 78 kematian direkodkan berbanding 55 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,338 orang meninggal dunia. Terdapat  7,059 kes dalam kalangan orang awam termasuk 10 kes import dan 515 dalam kalangan banduan. .Semalam, sebanyak 8,279 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,809,981 Kes kematian melibatkan individu berusia 31 hingga 96…

Read More

2,303 kes baharu di Filipina

MANILA 2 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,303 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,792,656 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 4,677 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 2,708,466 pesakit pulih atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga merekodkan 128 kematian harian menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 43,404 orang. Kes aktif pula turun kepada 40,786 berbanding 43,185 yang direkodkan semalam.

Read More

DAP tetap tolak ‘kumpulan Idris’

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengekalkan pendirian menolak ‘Kumpulan Idris Haron’ sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini. Bagaimanapun DAP hanya mampu meyakinkan sekutunya dalam PH untuk menolak dua daripada empat bekas ADUN yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang membuka laluan untuk PRN. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata DAP hanya berjaya meyakinkan sekutunya untuk menolak dua bekas ADUN manakala dua lagi masih dipertimbangkan seperti yang dinyatakan Pengerusi…

Read More

Sejauh mana BN sokong calon Pas PN?

EMPAT hari lalu, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil dengan cadangan agar pihak yang bekerjasama dengan mereka menggunakan satu logo bersama, iaitu lambang bulan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini. Sama ada berseloroh atau sebaliknya, Timbalan Presiden Pas dilaporkan berkata: “Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti,” Akhirnya semalam, Pas membuat keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) setelah mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama Pas. Satu perkembangan yang boleh mencetuskan ‘pertikaian’ baharu.…

Read More

Malaysia tempah 87.9 juta dos vaksin

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Sebanyak 87.9 juta dos vaksin ditempah oleh Kementerian Kesihatan melalui Fasiliti COVAX dan secara rundingan terus dengan beberapa pengeluar vaksin Covid-19 setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin? Beliau berkata tempahan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.64 bilion merangkumi kos dan logistik vaksin. Katanya, perincian perolehan vaksin Covid-19 adalah AstraZeneca melalui Fasiliti COVAX sebanyak 6.4 juta dos, Pfizer & BioNTech (44.8 juta dos) dan AstraZaneca/University of Oxford (6.4 juta dos). Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau juga memaklumkan, Sinovac membabitkan 20.4 juta dos, CanSino…

Read More

95.6 peratus dapat dua dos suntikan

PUTRAJAYA 2 Nov. – Sebanyak 95.6 peratus atau  22,378,822 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi, Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.7 peratus atau 22,878,462 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, seramai 24,508,552 individu atau 75 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Kira-kira 78 peratus atau 25,494,783 daripada populasi keseluruhan pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,129,730 individu atau 67.7 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,616,321 individu atau 83.2 peratus mendapat satu…

Read More

Kes keseluruhan Singapura 200,844

SINGAPURA 2 Nov. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Singapura meningkat kepada 200,844 selepas 2,470 kes baharu dilaporkan semalam. Pada masa yang sama, 14 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 421 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 2,189 kes baharu dalam masyarakat, tiga kes import, dan 278 kes asrama pekerja asing. Mengenai kes kematian, mereka yang terlibat berumur antara 56 – 95 tahun dan kesemua pesakit, kecuali seorang yang belum divaksin, serta mempunyai sejarah penyakit sedia ada. Sementara itu, sebanyak 288 kes memerlukan sokongan oksigen di…

Read More

Penganjur kempen PRN dikompaun

PUTRAJAYA 2 Nov. – Dua penganjur aktiviti berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikompaun RM24,000 kerana gagal memastikan pematuhan penjarakan fizikal individu yang menghadiri program berkenaan. Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya berkata, kompaun pertama bernilai RM20,000 diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) Melaka sebagai penganjur perhimpunan yang turut membabitkan kehadiran Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Kompaun kedua sebanyak RM4,000 dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri oleh Najib Razak. Kementerian berkata, kompaun itu dikeluarkan berdasarkan pemantauan dan siasatan yang dijalankan oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit…

Read More