72 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 2 Nov. – Sebanyak 75 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan pada hari ini, termasuk tiga kes import yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,321. orang.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 26 tambahan kes baharu pada lapan kluster aktif, yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Katanya terdapat tiga kluster baharu dikesan dengan 20 kes iaitu Kluster Syazwanes Contractor Sdn Bhd , Kluster Meem Sdn Bhd dan Kluster Ban 3 Construction Staffhouse iaitu asrama pekerja asing.

Satu kluster ditutup selepas tiada kes dilaporkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 172 kluster.

Dua kes import adalah ketibaan dari Kuala Lumpur dan satu lagi dari Manila, yang menggunakan Royal Brunei Airlines pada 20 dan 27 Oktober.

Menurut Dr Isham, , terdapat 26 kes baharu yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sebanyak 221  kes disahkan sembuh, pada hari ini, yang membawa jumlah kes sembuh, 11,723 manakala kes aktif pula 1,508.

Sementara itu enam kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat, di Unit Rawatan Intensif.

Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan dua daripadanya juga memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation – ECMO).

Sementara itu, 15 kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment