Kes harian Thailand 7,574

BANGKOK 2 Nov. – Sebanyak 7,574 kes baharu Covid-19 direkodkan, yang menunjukkan penurunan berbanding 8,165 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,927,763 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 78 kematian direkodkan berbanding 55 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,338 orang meninggal dunia.

Terdapat  7,059 kes dalam kalangan orang awam termasuk 10 kes import dan 515 dalam kalangan banduan.

.Semalam, sebanyak 8,279 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,809,981

Kes kematian melibatkan individu berusia 31 hingga 96 termasuk dua warga Myanmar dengan Bangkok merekodkan 11 kematian.

Bangkok merekodkan 789 kes baharu diikuti Pattani 631, 407 in Nakhon Si Thammarat 407, Songkhla 401, Trang 298, Chiang Mai 271, Chon Buri 264,

Narathiwat 211, Phatthalung 200 dan 187 di Samut Prakan.

Sementara itu 10 kes import melibatkan ketibaan dari Sweden (1), Bangladesh (1), Amerika Syarikat (2), Republik Czech  (1), Kemboja (1) dan Myanmar (4).

Sebanyak 98,444 orang pesakit Covid-19 mendapatkan rawatan di hospital termasuk  2,219 pesakit yangserius dan 473 bergantung kepada ventilators.

Related posts

Leave a Comment