Kes keseluruhan Singapura 200,844

SINGAPURA 2 Nov. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Singapura meningkat kepada 200,844 selepas 2,470 kes baharu dilaporkan semalam.

Pada masa yang sama, 14 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 421 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 2,189 kes baharu dalam masyarakat, tiga kes import, dan 278 kes asrama pekerja asing.

Mengenai kes kematian, mereka yang terlibat berumur antara 56 – 95 tahun dan kesemua pesakit, kecuali seorang yang belum divaksin, serta mempunyai sejarah penyakit sedia ada.

Sementara itu, sebanyak 288 kes memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 67 kes tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 62 kes sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Bagi vaksinasi pula, 84 peratus penduduk telah lengkap dua dos dan 85 peratus satu dos dan 16 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment