95.6 peratus dapat dua dos suntikan

PUTRAJAYA 2 Nov. – Sebanyak 95.6 peratus atau  22,378,822 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi,

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.7 peratus atau 22,878,462 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 24,508,552 individu atau 75 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Kira-kira 78 peratus atau 25,494,783 daripada populasi keseluruhan pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,129,730 individu atau 67.7 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,616,321 individu atau 83.2 peratus mendapat satu dos.

Bagi Program Imunisasi mengikut Negeri, hanya Kelantan dan Sabah mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 80 peratus dengan masing-masing merekodkan 79.2 peratus dan 73.3 peratus.

Terdapat pertambahan 108,031 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,184,201 dos.

Related posts

Leave a Comment