RON95, diesel turun 15 sen

PUTRAJAYA 4 Nov. – Harga RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen kepada RM4.27 dan RM5.12 seliter berkuatkuasa 5 sehingga 11 November.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataannya berkata, RON97 pula dijual pada RM4.70 seliter, iaitu penurunan 20 sen .

Menurut MoF, RON95 di bawah skim BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala diesel di bawah inisiatif BUDI Diesel kekal RM2.10 seliter.

“Petrol bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dijual pada harga RM2.15 seliter.

Harga berkenaan berkuat kuasa sehingga 11 November ini,” menurut kenyataan itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment