2,303 kes baharu di Filipina

MANILA 2 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,303 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,792,656 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 4,677 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 2,708,466 pesakit pulih atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga merekodkan 128 kematian harian menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 43,404 orang.

Kes aktif pula turun kepada 40,786 berbanding 43,185 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment