Malaysia catat 11,994 kes baharu

PUTRAJAYA 8 April – Malaysia merekodkan 11,994 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,292,585, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, terdapat 25 kes import melibatkan 20 warganegara (80.0%); dan lima bukan warganegara (20.0%) manakala 11,969 kes tempatan melibatkan 11,494 warganegara (96.0%) dan 475 bukan warganegara.

Menurut kenyataan media hari ini, sebanyak 11,904 kes (99.25%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 90 kes (0.75%) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.

Daripada 90 kes kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 24 kes (26.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 30 kes (33.33%) menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak, 36 kes (40.00%) menerima dos penggalak, 53 kes (58.89%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 58 kes (64.44%) mempunyai komorbid dan satu kes (1.11%) ibu mengandung.

Sebanyak 197 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah 16,603 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,099,786 kes.

Sebanyak empat kluster baharu direkodkan, dengan 151 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment