KUALA LUMPUR 26 Okt. – Bukti untuk menyokong penggunaan Ivermectin bagi merawat atau mencegah jangkitan Covid-19 setakat ini adalah sangat terhad, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali. Bagaimanapun katanya, hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) akhir bulan ini. Menurut beliau, kajian I-TECH telah lengkap pada proses merekrut pesakit seramai 500 orang dan kini dalam tempoh akhir analisis kajian. “Pada 28 Julai lalu, Cochrane Library mengeluarkan kenyataan tidak menyokong penggunaan ubat Ivermectin bagi…
Read MoreMonth: October 2021
SOP sama rata di PRN Melaka
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tiada pilih kasih sebaliknya tindakan sama rata dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk yang melibatkan majlis rasmi kerajaan. Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata, walaupun dipertikaikan banyak pihak, SOP berkenaan amat perlu supaya semua tindak balas kerajaan dalam mengharungi Covid-19 selama ini tidak terjejas hanya disebabkan PRN. Katanya, semua pihak, termasuk parti politik dari blok kerajaan, perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. “Jadi, tindakan sama rata mesti diamalkan supaya orang tidak melihat ada pilih kasih dalam kita mahu menguatkuasakan…
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik
PUTRAJAYA 25 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 0.89 semalam berbanding 0.88 pada Ahad dan 0.87 pada hari sebelumnya. Bagaimanapun tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing dengan kadar 0.99. Ini diikuti Sabah 0.93, Putrajaya 0.92, Selangor 0.97, Melaka 0.97 dan Kedah 0.91. Lapan negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.88, Kedah 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.84, Perlis 0.83, Perak 0.83 dan Pahang 0.82 dan Sarawak 0.81. Tiada kes baharu direkodkan di Labuan. Kadar…
Read MoreOperasi Pulih lanjut hingga 14 Nov.
BERAKAS 26 Okt. – Brunei Darussalam melanjutkan langkah-langkah pengawalan Operasi Pulih selama 14 hari lagi mulai 1 sehingga 14 November ini , kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Awang Mohd. Amin Liew Abdullah. Katanya, langkah itu bagi mempersiapkan Brunei ke arah proses pemulihan untuk menghadapi norma baharu dalam kehidupan, dengan mengawal keadaan penyakit Covid-19 dan memberi masa p meningkatkan liputan vaksinasi penduduk . Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II berkata, pelaksanaan Operasi Pulih sudah berjalan selama tiga minggu, dan mula membuahkan hasil yang positif sejak minggu lepas.…
Read MoreKes di Singapura cecah 175,818
SINGAPURA 26 Okt. – Singapura melaporkan 3,174 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam, termasuk sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 175,818 kes Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pada masa yang sama, 14 lagi warga emas berumur antara 60 dengan 93 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan virus itu serta menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Singapura kini sebanyak 329. Berbanding 3,383 kes pada hari sebelumnya, jumlah kes semalam merosot sedikit. MoH menyatakan terdapat 3,165 kes jangkitan tempatan terdiri daripada 2,843…
Read MoreVaksin kanak-kanak 6 – 11 tahun
WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS) Moderna melaporkan tindak balas antibodi yang kuat kepada vaksin Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun. Data dari ujian percubaan klinikal melibatkan 4,753 kanak-kanak dalam kumpulan usia itu “menunjukkan respons daya ketahanan yang kuat… sebulan selepas dos kedua diberikan”. Justeru Moderna akan menyerahkan data ujian percubaan itu kepada pengawalselia global tidak lama lagi. Moderna dalam kenyataannya menyatakan sebahagian besar daripada kesan sampingan yang dialami semasa ujian percubaan itu adalah ringan atau sederhana termasuk rasa letih, pening kepala, demam dan sakit di…
Read MoreModerna dos penggalak 18 tahun keatas
BADAN Kawal Selia Ubat-Ubatan Eropah (EMA) membuat kesimpulan bahawa dos penggalak vaksin Covid-19 Moderna boleh diberikan kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas, sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua. Ia adalah vaksin penggalak Covid-19 kedua yang diluluskan di Kesatuan Eropah (EU). Kebenaran itu diberikan berikutan data yang menunjukkan bahawa dos ketiga yang diberikan enam hingga lapan bulan selepas dos kedua mampu meningkatkan tahap antibodi individu dewasa yang tahap antibodinya semakin berkurangan. Awal bulan ini, EMA meluluskan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech dan mengesyorkan dos ketiga suntikan daripada Pfizer-BioNTech dan Moderna…
Read MoreBerita pilihan…
Malaysia catat 28,492 kematian Covid-19
PUTRAJAYA 26 Okt. – Jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid-19 meningkat dua kali ganda apabila 92 kes direkodkan pada Ahad, berbanding 46 pada hari sebelumnya. Data Kementerian Kesihatan di portal covidnow.moh.gov.my menunjukkan daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (brought-in-dead atau BID). Setakat Isnin, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,492 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2.431 juta kes positif di Malaysia. Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,751, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19. Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19…
Read More94.7 peratus lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 26 Okt. – Sebanyak 73.2 peratus atau 23.906 juta individu daripada populasi keseluruhan Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam. Menurut portal covidnow.moh.gov.my, Kementerian Kesihatan, 77.7 peratus atau 25.388 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa, seramai 22.166 juta individu atau 94.7 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini. Pada masa sama, 97.5 peratus atau 22.822 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan…
Read More