Malaysia catat 28,492 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 26 Okt. – Jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid-19 meningkat  dua kali ganda apabila 92 kes direkodkan pada Ahad, berbanding 46 pada hari sebelumnya.

Data Kementerian Kesihatan di portal covidnow.moh.gov.my menunjukkan daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (brought-in-dead atau BID).

Setakat Isnin, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,492 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2.431 juta kes positif di Malaysia.

Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,751, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 602 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 59.8 peratus, namun empat negeri/wilayah masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Kelantan 74.2 peratus, Sarawak 73.9 peratus, Pulau Pinang 70.8 dan Kuala Lumpur 70 peratus.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 300 kes setakat Isnin berbanding lebih 900 pada awal Ogos lalu.

Related posts

Leave a Comment