SEPANG 21 Jun – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim dilantik sebagai Pengerusi Wawasan Negara, parti politik yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.
Wawasan mengumumkan senarai penuh barisan kepemimpinan Jawatankuasa Pusatnya bagi penggal baharu selepas mesyuarat yang diadakan semalam.
Menurut senarai yang diperoleh Bebasnews, parti yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dengan nombor pendaftaran PPM-004-07-08062009 itu menggabungkan tokoh veteran, bekas menteri, serta golongan profesional.
Bagaimanapun tidak ramai bekas pimpinan Bersatu dilibatkan sebagai pimpinan utama kecuali Ahli Parlimen yang dipecat termasuk Wan Saifulruddin Wan Jan (Tasek Gelugor), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ( Machang).
Hamzah akan dibantu Timbalan Presiden Tan Lek Khang di samping lima Naib Presiden iaitu Abdul Rahim Thamby Chik, Wan Saifulruddin, Leong Kim Soon, Mohd Omar Mustapha dan Huan Cheng Guan.
Sementara itu, pentadbiran utama parti akan diterajui oleh Saifuddin sebagai Setiausaha Agung, dibantu Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof sebagai Setiausaha Eksekutif.
Bendahari Agung pula disandang oleh Arifin Tobias, manakala Wan Ahmad Fayhsal dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Seramai 25 orang tokoh turut diumumkan secara rasmi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat melengkapkan biro kepimpinan pusat parti tersebut.
Mereka termasuk bekas Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan bekas Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah
Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Pusat mengikut ketetapan organisasi berkenaan:
Dzowahir Ab Ghani
– Datuk Muhamed Farid Mohamed Zawawi
– Fathul Huzair Ayob
– Kapten Azahari Hasan
– Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah
– Datuk Suhaimi Mohd Ghazali
– Datuk Zulkifli Bujang
– Datuk Simon Suresh V Varunamegam
– Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
– Dato’ Asmawi Harun
– Dato’ Abdul Aziz Ismail
– Dayang Saniah Awang Hamid
– Dr Richard Ng
– Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim
– Tan Tee Beng
– Tun Fiqa Mohammad
– Phang Horng Woie
– Syed Hassan Syed Ali
– Yunus Nordin
– Muhammad Fadhli bin Ismail
– Wong Chan Giap
– Hussien Ridzuan Ibrahim Basri
– Bibi Sunita Sakandar Khan
– Huan Xin Yun
– Mohd Hamdan Mohd Sharif
