Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 25 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 0.89 semalam berbanding 0.88 pada Ahad dan  0.87 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing dengan kadar 0.99.

Ini diikuti Sabah 0.93, Putrajaya 0.92, Selangor 0.97, Melaka 0.97 dan Kedah 0.91.

Lapan negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.88, Kedah 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.84, Perlis 0.83, Perak 0.83 dan Pahang 0.82 dan Sarawak 0.81.

Tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 1Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment