Singapura catat 3,163 kes baharu

SINGAPURA 31 Okt. – Sehingga tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura merekodkan 198,374 kes Covid-19 dan 407 orang meninggal dunia akibat komplikasi koronavirus Covid-19. Menurut MoH, setakat pukul 12 tengah hari,  sebanyak 3,163 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan yang melibatkan 2,745 kes dalam kalangan masyarakat, 414 kes di asrama pekerja asing dan empat kes import. Jumlah kematian pula 13 orang yang berumur antara 57 hingga 89 tahun di mana kesemua pesakit, kecuali dua yang belum lengkap atau belum divaksin serta menghidap pelbagai penyakit. Sebanyak 284 pesakit memerlukan sokongan oksigen…

Read More

Thailand catat 8,850 kes

BANGKOK 31 Okt. – Thailand merekodkan 8,859 kes baharu Covid-19 dan 47 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,912,024 dengan 19,205 orang meninggal dunia. Sebanyak 8,253 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 1,792,128 orang. Samut Prakan dan Chon Buri merekodkan enam dan lima kematian manakala Bangkok tiga kematian. Empat wilayah di Selatan iaitu Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala merekodkan 1,809 jangkitan. Sehingga Sabtu, sebanyak 100,691 orang menerima rawatan di hospital termasuk  2,225 pesakit yang kritikal dan 500 bergantung kepada bantuan pernafasan.…

Read More

3,410 kes baharu Filipina

MANILA 31 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,410 kes harian Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,787,276. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 128 lagi kematian akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah mereka yang meninggal dunia 43,172 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 5,825 orang pesakit dilaporkan sembuh sekaligus meningkatkan jumlah pulih sebanyak 2,698,871 orang. Kes aktif pula 45,233  berbanding 47,690 yang direkodkan semalam.

Read More

65 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 31 Okt. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 65 kes baharu Covid-19, kurang daripada semalam yang merekodkan 110 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,130. Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata, satu lagi kematian dilaporkan yang ke-54, melibatkan seorang wanita berusia 76 tahun yang menghadapi masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Katanya, 35 kes tambahan baharu berkait dengan 13 kluster yang masih aktif manakala 26 kes masih dalam siasatan punca jangkitan dan satu kluster baharu dikesan dengan empat kes. Beliau juga memaklumkan sebanyak tujuh kluster ditutup selepas…

Read More

Selangor tambah jemaah solat Jumaat

SHAH ALAM 31 Okt. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menitahkan supaya bilangan jemaah untuk solat Jumaat bagi masjid-masjid dan surau-surau dengan kebenaran solat Jumaat di Selangor, dinaikkan. Sebagai contoh, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah boleh menerima kehadiran sehingga 3,500 jemaah berbanding 2,000 jemaah ketika ini. Masjid-masjid Daerah dinaikkan kepada antara 700 hingga 1,000 jemaah bergantung kepada kapasiti masing-masing, masjid Institusi antara 500 hingga 1,200 jemaah, sementara Masjid Pengurusan 400 hingga 700 jemaah. Baginda bertitah demikian setelah meneliti data-data terbaharu penularan wabak Covid-19 yang memperlihatkan statistik kematian…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.96

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan kadar 0.96 semalam berbanding 0.95 pada hari  sebelumnya. Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dengan masing-masing pada kadar 1.02 manakala Putrajaya dan Melaka masing-masing 0.97. Sebelas negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.95, Sabah 0.95, Kedah 0.94, Pahang 0.94, Perlis 0.92, Perak 0.89, Johor 0.87, Terengganu 0.87, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.86 dan Sarawak 0.83. Labuan merekodkan satu kes baharu Covid-19. Kadar kebolehjangkitan…

Read More

Covid-19: TKM Sarawak meninggal dunia

KUCHING 31 Okt. – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching. Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu. Masingm veteran politik yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Adenan Satem dan Abang Johari Tun Openg. Masing, 72 turut memegang portfolio Menteri…

Read More

95.5 peratus dewasa terima dua dos

PUTRAJAYA 31 Okt. – Sebanyak 74.8 peratus atau 24.41 juta individu daripada kira-kira 32 juta penduduk negara ini telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 sehingga tengah malam tadi. Portal COVIDNOW menunjukkan, 95.5 peratus atau 22.34 juta golongan dewasa lengkap menerima dua dos, manakala 97.7 peratus atau 22.86 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Kadar itu dicapai kira-kira 39 hari selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja bermula secara rasmi pada 19 September lalu. Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 83 peratus atau lebih 2.6 juta…

Read More

3,112 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Okt. – Sebanyak 3,112 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 195,211 kes. Daripada 3,122 kes itu, sebanyak 2,608 adalah kes dalam masyarakat, 500 kes di asrama pekerja asing dan lima kes import. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan juga memaklumkan mengenai 14 lagi kematian melibatkan individu berusia 63 hingga 98 tahun dan kesemuanya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meninggal dunia sebanyak 394 orang. Mengenai situasi kes rawatan, sebanyak 267 orang memerlukan sokongan oksigen…

Read More