94.7 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 26 Okt. – Sebanyak 73.2 peratus atau 23.906 juta individu daripada populasi keseluruhan Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam.

Menurut portal covidnow.moh.gov.my, Kementerian Kesihatan, 77.7 peratus atau 25.388 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.166 juta individu atau 94.7 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Pada masa sama, 97.5 peratus atau 22.822 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan 101.3 peratus, Negeri Sembilan 100.9 peratus, Pulau Pinang 98.1 peratus, Perlis 96.5 peratus, Johor 96.0 peratus, Melaka 91.7 peratus, Sarawak 90.9 peratus dan Terengganu 90.9.

Ini diikuti Kedah 85.9 peratus, Perak 85.5 peratus dan Pahang 84.4 peratus.

Sabah pula merekodkan 72.4 peratus dan Kelantan 77.8 peratus.

Selain itu, seramai 1.739 juta atau 55.3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Semalam, sebanyak 184,162 dos diberikan membabitkan kedua-dua populasi tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 49.253 juta dos.

Related posts

Leave a Comment