244 juta kes, hampir 5 juta kematian

WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244 juta, selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, demikian data terkini Universiti Johns Hopkins. Amerika Syarikat (AS) masih mendahului negara lain dengan 45 juta kes diikuti  India  lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.7 juta kes. Britain mencatatkan lebih 8.8 juta kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara yang melaporkan lebih 8 juta kes. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului  dengan lebih 4.2 juta kes diikuti Filipina yang mencatatkan lebih 2.7 juta…

Read More

Sekatan semula di Belgium Jumaat ini

SELEPAS beberapa minggu melonggar sekatan, Belgium mulai Jumaat ini akan mengenakan semula beberapa sekatan pandemik berikutan peningkatan jangkitan kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital. Perdana Menteri Alexander De Croo berkata, pemakaian pelitup muka akan dikenakan di tempat awam dan menjadi mandatori untuk kakitangan di bar, restoran dan kelab kecergasan. “Jelas sekali,  memakai pelitup muka bukanlah perkara menyenangkan, tetapi ia alat yang sangat berguna dan cekap untuk mencegah penularan virus apabila berada di dalam tempat tertutup, lebih-lebih lagi jika pengudaraan tidak baik,” katanya. Beliau berkata tindakan berkenaan tidak begitu drastik…

Read More

Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak

PANEL Penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) menyokong penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dengan dos berkurangan khas untuk kanak-kanak. Keputusan sebulat suara, dengan hanya satu berkecuali, bersetuju manfaat penggunaan vaksin itu melebihi risiko pada kumpulan berkenaan. Ini termasuk kesan sampingan berkaitan jantung yang jarang berlaku dalam kalangan golongan remaja dan dewasa yang mendapat dos lebih tinggi. FDA tidak terikat pada cadangan panel berkenaan dan dijangka membuat keputusannya sendiri dalam beberapa hari. Jika FDA memberi kebenaran penggunaan dos berkurangan khas buat kanak-kanak ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat…

Read More

Sedikit ‘lonjakan’ kes di Arab Saudi

RIYADH 26 Okt. – Selepas merekodkan kurang 50 kes harian untuk tempoh hampir dua minggu, Arab Saudi hari ini menyaksikan lonjakan dengan merekodkan 65 kes baharu berbanding 51 semalam. Pada masa yang sama dua kematian direkodkan, jumlah sama seperti beberapa hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 548,368 kes dengan jumlah kematian pula 8,782 orang. Untuk rekod, sebelum ini sejak 14 Oktober lalu, dengan 46 kes, jumlah kes harian di Arab Saudi berada di bawah paras 50 kecuali pada 22 Oktober dan semalam…

Read More

Malaysia catat 5,726 kes baharu

PUTRAJAYA 26 Okt. – Malaysia mencatatkan 5,726 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 4,782 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 2,442,224 kes. Terdapat 15 kes import melibatkan sembilan warganegara dan enam bukan warganegara manakala daripada 5,711 kes tempatan, sebanyak 5,489 adalah warganegara dan 222 bukan warganegara. Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,629 kes (98.3…

Read More

4,393 kes baharu di Filipina

MANILA 26 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,393 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,765,672. Sehingga pukul 4 petang ini DoH juga merekodkan 8,470 pesakit yang sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,669,953 orang pulih atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 42,077 orang termasuk 135 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. 57,763 Kes aktif pula sebanyak 53,642 yang menunjukkan penurunan berbanding 57,763 semalam.

Read More

Turki tarik balik ancaman usir diplomat

ANKARA 26 Okt. – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menarik balik ancamannya untuk mengusir 10 duta Barat atas kenyataan bersama mereka menyuarakan sokongan terhadap seorang pemimpin masyarakat sivil yang dipenjarakan. Keputusan itu dibuat selepas Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang terlibat mengeluarkan kenyataan yang sama menyatakan mereka menghormati konvensyen PBB yang memerlukan diplomat tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri negara tuan rumah. Presiden Erdogan berkata kenyataan baharu itu “menunjukkan mereka sudah mengambil langkah undurkan diri daripada fitnah terhadap negara kita”, sambil menambah: “Mereka akan lebih berhati-hati…

Read More