Kes di Singapura cecah 175,818

SINGAPURA 26 Okt. – Singapura melaporkan 3,174 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam, termasuk sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 175,818 kes

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pada masa yang sama, 14 lagi warga emas berumur antara 60 dengan 93 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan virus itu serta menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Singapura kini sebanyak 329.

Berbanding 3,383 kes pada hari sebelumnya, jumlah kes semalam merosot sedikit.

MoH menyatakan terdapat 3,165 kes jangkitan tempatan terdiri daripada 2,843 kes dalam masyarakat dan 322 di asrama pekerja asing.

Dalam kalangan kes Covid-19 dalam masyarakat yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital, 18,279 pesakit sedang menjalani pemulihan di rumah, 4,626 dirawat di kemudahan penjagaan masyarakat manakala 952 di kemudahan rawatan Covid-19.

Manakala  1,779 lagi pesakit dimasukkan ke hospital, sebahagian besar bagi pemantauan, di mana 261 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa.

Di unit jagaan rapi (ICU), terdapat 107 pesakit tidak stabil dan di bawah pemantauan rapi bagi mengelakkan keadaan daripada bertambah teruk manakala 64 pesakit dalam keadaan kritikal.

Semalam, sebanyak 2,954 pesakit dibenarkan pulang , di mana 428 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai vaksinasi, setakat ini 84 peratus penduduk sudah lengkap divaksinasi terhadap Covid-19 , 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan dan 709,535  sudah menerima suntikan dos perangsang.

Related posts

Leave a Comment