47 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 20 Okt. – Hari ketujuh, Arab Saudi merekodkan kes di bawah 50 apabila merekodkan 47 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 548,065. Semalam, 49 kes direkodkan dan sebelum itu 38 (18 Okt.), 41 (17 Okt.), 45 (16 Okt.), 48 (15 Okt.) dan 46 (14 Okt.). Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 8,770 kematian. Sebanyak 58 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah kes sembuh meningkat kepada 537,095 orang. Dalam kalangan kes aktif sebanyak 84 pesakit dalam keadaan kritikal.

Read More

5,516 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 20 Okt. – Malaysia merekodkan 5,516 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,407,382. Sebanyak 14 kes import dilaporkan melibatkan 10 warganegara manakala daripada 5,502 kes tempatan, 5,267 adalah warganegara dan 235 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, sebanyak 98.2 peratus atau 5,414 kes dalam kalangan pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Manakala 102 kes atau 1.8 peratus pula dalam kategori tiga hingga lima. Kes yang dilaporkan…

Read More

166 kes baharu, satu kematian di Brunei

BERAKAS 20 Okt. – Satu kematian dan 166 kes baharu Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang meninggal dunia 51 orang serta 11,386 kes jangkitan. Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar kes kematian terbaharu melibatkan lelaki berusia 53 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 dan dirawat di unit rawatan intensif. Terdapat 55 kes tambahan baharu bagi 17 kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 hari ini,  Dr. Md Isham berkata,…

Read More

3,656 kes baharu di Filipina

MANILA 20 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini melaporkan 3,656 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,735,369 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan lima lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 40,977 kematian. Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,627,331 atau 96.1 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 228 pesakit dilaporkan sembuh hari ini. Jumlah kes aktif pula meningkat kepada 67,061 berbanding 63,637 yang direkodkan semalam. Sementara itu, DoH menyatakan walaupun jumlah kes kebelakangan ini menurun, semua pihak perlu terus mematuhi peraturan yang ditetapkan…

Read More

Thailand catat penurunan, 8,918 kes

BANGKOK 20 Okt. – Thailand merekodkan 8,918 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah jangkitan yang terus menunjukkan penurunan berbanding 9,122 semalam dan sebelumnya 10,111 ( 18 Oktober ) dan 10,863 ( 17 Oktober ). Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18 adalah kes import dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,811,852 kes. Pada masa yang sama, sebanyak 79 lagi individu dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 18,486 kematian. Semalam, 10,878 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,689,859. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok masih mendahului jumlah kes…

Read More

Rentas negeri Sydney Melbourne

SYDNEY: Aktiviti rentas negeri Victoria dan New South Wales dibenarkan hari ini, yang membolehkan Sydney dan Melbourne membuka sempadan untuk kehadiran individu yang sudah lengkap divaksin. Berikutan program imunisasi berjalan dengan baik ditambah bilangan kes semakin rendah di New South Wales dan Sydney, penduduk akan dibenarkan memasuki Victoria dan Melbourne tanpa kuarantin, kali pertama selepas lebih dari tiga bulan. Bagaimanapun, pengembara dari Melbourne yang ingin memasuki Sydney, dikehendaki menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu. Jangkitan harian di Victoria dilaporkan meningkat kepada 1,841 semalam, berbanding 1,749 sehari sebelumnya, manakala…

Read More

134 kes dijangkiti virus VOC

PUTRAJAYA 20 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan pertambahan sebanyak 134 kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, varian yang dikesan itu membabitkan 132 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala dua lagi ialah varian Beta (B.1.351). Beliau berkata, pengesanan itu dibuat berikutan kajian berterusan yang dibuat oleh Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut MARA (UiTM). Dr Noor Hisham berkata ia turut dibantu Tropical Infectious Diseases Research…

Read More

Pfizer mohon kelulusan vaksin kanak-kanak

SYARIKAT farmaseutikal Pfizer-BioNTech  memohon kelulusan pihak berkuasa kesihatan Health Canada pada 18 Oktober lalu untuk penggunaan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Ini merupakan permohonan pertama yang diterima Kementerian Kesihatan Kanada terhadap penggunaan vaksin Covid-19 bagi kumpulan tersebut. Pfizer-BioNTech dan kerajaan Kanada dalam satu kenyataan bersama, berkata, permohonan tersebut turut merangkumi data hasil ujian klinikal yang dilakukan terhadap 2,268 kanak-kanak dalam kumpulan ini. Dalam ujian tersebut, jumlah dos vaksin dikurangkan kepada 10 microgram setiap suntikan, iaitu tiga kali kurang berbanding jumlah suntikan biasa. Pfizer-BioNTech menjelaskan, jumlah tersebut…

Read More

Kes harian Singapura hampir 4,000

SINGAPURA 20 Okt. – Kes jangkitan Covid-19 di Singapura hampir mencecah 4,000 apabila 3,994 kes baharu direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 154,725 kes. Setakat tengah hari semalam, sebanyak tujuh lagi individu meninggal dunia disebabkan komplikasi virus itu menjadikan jumlah keseluruhan 246 kematian. Pesakit yang meninggal dunia terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 57 dengan 90 tahun di mana tiga daripadanya tidak divaksin, seorang sudah mendapatkan satu dos vaksin manakala tiga sudah lengkap divaksin. Enam kes mempunyai pelbagai penyakit yang lain. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 3,994…

Read More

Disoal siasat kerana kata kesat

SINGAPURA 20 Okt. – Seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berumur 46 tahun disiasat oleh polis kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat  terhadap kakitangan awam dalam dua insiden berasingan. Dalam satu kenyatanan semalam,  insiden pertama melibatkan wanita itu berlaku pada 21 Ogos lalu selepas menerima aduan tentang peminuman arak di tempat awam selepas pukul 10.30 malam. Sejurus tiba, polis mendapati wanita itu bergaul dengan tiga lelaki dan mereka tidak memakai pelitup muka. Polis kemudian meminta mereka memakai pelitup dan tiga lelaki tersebut mematuhi arahan kecuali wanita berkenaan enggan berbuat…

Read More