13 kes termasuk 5 tempatan

PUTRAJAYA : Rekod dua hari kes sifar ‘pecah’ apabila Malaysia kembali mencatat kes penularan tempatan hari ini, 10;Julai 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada 13 kes baharu yang dilaporkan hari ini, lima adalah kes penularan di dalam negara dengan tiga kes dalam kalangan warganegara dan dua kes bukan warganegara.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,696.

“Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan warganegara melibatkan dua kes ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) yang telah dimasukan ke Hospital Umum Sarawak, dan satu kes saringan sebelum masuk kerja di Kuala Lumpur.

Bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara pula, melibatkan dua kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dengan kedua-dua kes ini disaring semula, sebelum proses penghantaran balik ke negara asal.

Lapan kes lagi adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan enam warganegara dan dua bukan warganegara (pemastautin tetap).

Related posts

Leave a Comment