3,656 kes baharu di Filipina

MANILA 20 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini melaporkan 3,656 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,735,369 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan lima lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 40,977 kematian.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,627,331 atau 96.1 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 228 pesakit dilaporkan sembuh hari ini.

Jumlah kes aktif pula meningkat kepada 67,061 berbanding 63,637 yang direkodkan semalam.

Sementara itu, DoH menyatakan walaupun jumlah kes kebelakangan ini menurun, semua pihak perlu terus mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk mengambil vaksin.

Pada masa yang sama, terdapat masalah teknikal yang menyebabkan jumlah kes sembuh dan kematian yang direkodkan hari ini adalah rendah.

Related posts

Leave a Comment