5,516 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 20 Okt. – Malaysia merekodkan 5,516 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,407,382.

Sebanyak 14 kes import dilaporkan melibatkan 10 warganegara manakala daripada 5,502 kes tempatan, 5,267 adalah warganegara dan 235 bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, sebanyak 98.2 peratus atau 5,414 kes dalam kalangan pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Manakala 102 kes atau 1.8 peratus pula dalam kategori tiga hingga lima.

Kes yang dilaporkan hari ini membabitkan 5,502 kes tempatan dengan 14 lagi kes import atau mendapat jangkitan dari luar negara.

“Secara keseluruhan, sebanyak 669 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah itu 572 kes disahkan dijangkiti Covid-19 serta 97 kes pula disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah pesakit yang dirawat di ICU sebanyak 333 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan iaitu 241 kes disahkan Covid-19 dan 92 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster turut menunjukkan penurunan iaitu empat kluster baharu dilaporkan membabitkan tiga di tempat kerja dan satu di institusi pendidikan.

Katanya, tiga daripada kluster baharu itu dikesan di sekitar Lembah Klang serta satu lagi membabitkan beberapa daerah di Pulau Pinang.

“Pertambahan kluster baharu itu sudah menjangkiti seramai 97 individu. Perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat 614 kluster yang masih aktif,” katanya.

Related posts

Leave a Comment