Pfizer mohon kelulusan vaksin kanak-kanak

SYARIKAT farmaseutikal Pfizer-BioNTech  memohon kelulusan pihak berkuasa kesihatan Health Canada pada 18 Oktober lalu untuk penggunaan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Ini merupakan permohonan pertama yang diterima Kementerian Kesihatan Kanada terhadap penggunaan vaksin Covid-19 bagi kumpulan tersebut.

Pfizer-BioNTech dan kerajaan Kanada dalam satu kenyataan bersama, berkata, permohonan tersebut turut merangkumi data hasil ujian klinikal yang dilakukan terhadap 2,268 kanak-kanak dalam kumpulan ini.

Dalam ujian tersebut, jumlah dos vaksin dikurangkan kepada 10 microgram setiap suntikan, iaitu tiga kali kurang berbanding jumlah suntikan biasa.

Pfizer-BioNTech menjelaskan, jumlah tersebut adalah sesuai buat kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Sebelum ini, vaksin sama diluluskan penggunaannya di Kanada terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Kanada berkata, pihaknya hanya akan memberi kelulusan sekiranya vaksin tersebut terbukti berkesan berdasarkan kajian saintifik dan data yang dikemukakan.

Awal bulan ini, Pfizer-BioNTech memohon kelulusan yang sama di Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment