Kesembuhan atasi jangkitan di Indonesia

JAKARTA 11 Sept. – Kes sembuh Covid-19 di Indonesia mengatasi jumlah kes positif apabila merekodkan 7,856 pesakit pulih berbanding kes baharu yang direkodkan sebanyak 5.001 kes. Dengan perkembangan ini jumlah kesembuhan meningkat kepada 3,909,352 orang manakala jumlah kes positif pula sebanyak 4,163,732 dengan kes aktif pula 115,679. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 270 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan 138,701 kematian. Bagi program vaksinasi pula, hari ini sebanyak 1.073.461 orang diberi suntikan menjadikan jumlahnya meningkat kepada 72.248.720 orang. Jumlah individu yang melengkapkan vaksinasi pula adalah 41,534,340 termasuk 666,347 orang…

Read More

Kes di Arab Saudi terus susut

RIYADH 11 Sept. – Kes baharu Covid-19 di Arab Saudi hari ini susut di bawah 100 kes apabila merekodkan 83 kes harian berbanding sekitar 500 kes lebih sebulan lalu. Menurut Kementerian Kesihatan jumlah kematian yang direkodkan adalah tujuh orang, angka yang hampir sama enam atau tujuh sejak kebelakangan ini. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 545,912 orang dan jumlah kematian pula 8,617. Pada masa yang sama, sebanyak 75 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 534,983 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 33 kes…

Read More

15,197 kes, 253 kematian Thailand

BANGKOK 11 Sept. – Thailand merekodkan 15,191 kes baharu Covid-19 dan 253 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini 1,368,144 dan 14,173 kematian. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 14,465 adalah kes melibatkan orang awam dan 726 dalam kalangan banduan. Bagi kes sembuh pula, semalam, sebanyak 18,721 lagi pesakit dibenarkan keluar hospital selepas pulih daripada jangkitan Covid-19. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan individu berumur 18 hingga 98 tahun yang turut melibatkan 249 warga Thailand dan seorang masing-masing warga Myanmar dan Kemboja manakala…

Read More

26,303 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 11 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 26,303 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi yang direkodkan setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,206,021 kes. Kes tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 22,820 yang direkodkan pada 9 September lalu. Angka itu sudah dijangka apabila DoH melaporkan sebelum ini kemungkinan jumlah kes meningkat dalam beberapa hari disebabkan ada makmal yang tidak dapat mengemukakan data mengenai kes berkenaan. Jumlah kematian pula meningkat kepada 34,978 orang apabila 79 lagi meninggal dunia akibat Covid-19. Sementara itu 16,013 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,985,337 orang pulih…

Read More

Kes Brunei Darussalam kini 4,035

BERAKAS 11 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan satu kematian, 141 kes baharu Covid-19 dan lima kluster baharu, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Bagaimanapun kematian melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun itu tidak  dikategorikan sebagai kematian Covid-19 sebaliknya mengalami jangkitan darah. Menurut Dr. Md Isham, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,035 kes manakala jumlah kluster pula meningkat kepada 63. Katanya, Kluster 3095 merekodkan dua kes; Kluster 3016 tujuh kes; Kluster 3723 tujuh kes; Kluster 3715 enam kes; dan Kluster Lof Bakery sebanyak 15 kes. Kesemua kes…

Read More

Semua remaja disuntik sebelum Januari

TANJONG 11 Sept. – Keseluruhan remaja di negara ini dijangka menerima vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan baharu bermula Januari tahun depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata proses pemberian vaksin kepada tiga juta remaja akan dimulakan bulan ini di beberapa negeri tertentu terlebih dahulu. Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata proses pemberian vaksin kepada kira-kira 130,000 remaja di Pulau Pinang akan bermula hujung bulan ini dan ia akan dilaksanakan di sekolah masing-masing dengan kehadiran ibu bapa mereka. “Murid-murid akan dipanggil untuk proses vaksinasi mengikut keutamaan bermula…

Read More

Dua dos mampu hadapi Delta

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dua dos suntikan vaksin pelalian Covid-19 menunjukkan tahap keberkesanan terhadap varian Delta, kata pakar epidemiologi, Dr Ajit Pal Singh Raina,. Beliau berkata, keputusan itu hasil penyelidikan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Guangzhou, Zhong Nanshan baru-baru ini. Kajian mendapati dua dos vaksin mampu mencapai 59 peratus keberkesanan menentang varian itu. Dua dos terbabit juga mampu membantu merawat tujuh daripada 10 pesakit dalam kategori penyakit respiratori sederhana manakala 100 peratus efikasi terhadap kes teruk. “Ini bermakna vaksin lebih berkesan terhadap Covid-19 pada tahap sederhana berbanding Covid-19…

Read More

19,550 kes baharu, Sarawak mendahului

PUTRAJAYA 11 Sept. – Malaysia melaporkan pertambahan 19,550 kes positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,960,550 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Sarawak masih mendahului dengan merekodkan 3,743 kes sekali gus menyumbang angka tertinggi di seluruh negara hari ini. Tiga negeri merekodkan angka kes positif melebihi 2,000 termasuk Selangor 2,416, Johor 2,282 dan Sabah 2,163. Manakala beberapa negeri mencatatkan pertambahan melebihi 1,000 kes termasuk Pulau Pinang 1,865, Kedah 1,390, Perak 1,354 dan Kelantan dengan 1,320 kes. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 555,  Melaka 490, Pahang 722,…

Read More

16.8 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Sept. – Jumlah individu yang melengkapkan dos vaksin Covid-19 sehingga semalam meningkat kepada 16,856,812 orang atau 51.6 peratus daripada populasi negara ini. Pada masa yang sama, sebanyak 21,195,778 individu atau 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama . Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), semala, sebanyak 287,059 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 111,027 dos pertama dan 176,032 dos lengkap turut diberikan.. Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini melebihi 38 juta dos. Lembah Klang dan Labuan merekodkan lebih 100…

Read More

Zaman Khan meninggal dunia

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi ini. Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lepas selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor. Allahyarham juga pernah menjalani rawatan di hospital yang sama pada Januari tahun lalu susulan mengalami pendarahan dalam usus. Sebagai Pengarah JSJ…

Read More