Kes di Arab Saudi terus susut

RIYADH 11 Sept. – Kes baharu Covid-19 di Arab Saudi hari ini susut di bawah 100 kes apabila merekodkan 83 kes harian berbanding sekitar 500 kes lebih sebulan lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan jumlah kematian yang direkodkan adalah tujuh orang, angka yang hampir sama enam atau tujuh sejak kebelakangan ini.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 545,912 orang dan jumlah kematian pula 8,617.

Pada masa yang sama, sebanyak 75 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 534,983 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 33 kes diikuti Makkah sebanyak 13 kes, Madinah lapan kes manakala yang lain kurang daripada 10 kes.

Terdapat 2,312 kes aktif dan 528 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment