Kesembuhan atasi jangkitan di Indonesia

JAKARTA 11 Sept. – Kes sembuh Covid-19 di Indonesia mengatasi jumlah kes positif apabila merekodkan 7,856 pesakit pulih berbanding kes baharu yang direkodkan sebanyak 5.001 kes.

Dengan perkembangan ini jumlah kesembuhan meningkat kepada 3,909,352 orang manakala jumlah kes positif pula sebanyak 4,163,732 dengan kes aktif pula 115,679.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 270 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan 138,701 kematian.

Bagi program vaksinasi pula, hari ini sebanyak 1.073.461 orang diberi suntikan menjadikan jumlahnya meningkat kepada 72.248.720 orang.

Jumlah individu yang melengkapkan vaksinasi pula adalah 41,534,340 termasuk 666,347 orang pada hari ini manakala penerima vaksin ketiga 775,725.

Related posts

Leave a Comment