19,550 kes baharu, Sarawak mendahului

PUTRAJAYA 11 Sept. – Malaysia melaporkan pertambahan 19,550 kes positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,960,550 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak masih mendahului dengan merekodkan 3,743 kes sekali gus menyumbang angka tertinggi di seluruh negara hari ini.

Tiga negeri merekodkan angka kes positif melebihi 2,000 termasuk Selangor 2,416, Johor 2,282 dan Sabah 2,163.

Manakala beberapa negeri mencatatkan pertambahan melebihi 1,000 kes termasuk Pulau Pinang 1,865, Kedah 1,390, Perak 1,354 dan Kelantan dengan 1,320 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 555,  Melaka 490, Pahang 722, Terengganu 953, Wilayah Persekutuan Labuan – 2, Wilayah Persekutuan Putrajaya 24 dan Perlis 73.

Sementara itu daripada 19,550 kes positif baharu yang dilaporkan hari ini, tujuh daripadanya membabitkan kes import iaitu lima warganegara dan dua bukan warganegara manakala bagi penularan tempatan, sebanyak 19,543 kes dilaporkan iaitu 17,153 warganegara (87.8 peratus) dan 2,390 bukan warganegara (12.2 peratus).

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 265 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 19,285 kes (98.6 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 1,247 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 936 kes Covid-19 manakala 311 kes disyaki, berkemungkinan dan kes dalam siasatan.

Kes memerlukan bantuan pernafasan membabitkan 667 kes iaitu 453 kes Covid-19 dan 214 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 28 kluster dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 5,087 kluster dengan 3,641 kluster sudah ditamatkan manakala 1,446 kluster masih aktif.

Daripada 28 kluster baharu yang dikesan, 17 membabitkan kluster tempat kerja; enam kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berrisiko dan dua kluster pendidikan dengan jumlah pesakit kesemuanya berjumlah 823.

Selain itu, katanya, sebanyak 21,771 kes sembuh dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 adalah 1,700,733 kes atau 86.7 peratus daripads keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment