Kes Brunei Darussalam kini 4,035

BERAKAS 11 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan satu kematian, 141 kes baharu Covid-19 dan lima kluster baharu, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar.

Bagaimanapun kematian melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun itu tidak  dikategorikan sebagai kematian Covid-19 sebaliknya mengalami jangkitan darah.

Menurut Dr. Md Isham, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,035 kes manakala jumlah kluster pula meningkat kepada 63.

Katanya, Kluster 3095 merekodkan dua kes; Kluster 3016 tujuh kes; Kluster 3723 tujuh kes; Kluster 3715 enam kes; dan Kluster Lof Bakery sebanyak 15 kes.

Kesemua kes kluster baharu ini termasuk kes yang sebelum ini tidak diketahui punca jangkitannya.

Di samping itu terdapat 25 kes tambahan melibatkan lapan kluster aktif di mana mereka yang terlibat adalah individu yang dikuarantin selepas mempunyai kontak dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 79 kes lagi masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sementara itu sebanyak 123 kes telah disahkan sembuh pada hari ini termasuk 20 kes positif dalam Kategori 1 yang telah membuat pengasingan diri selama 14 hari di rumah masing-masing.

Jumlah kes sembuh di Brunei Darussalam meningkat kepada 2,541 kes dengan jumlah kes aktif 1,471.kes.

Dalam kalangan kes aktif tersebut, 12 dalam keadaan kritikal di mana 11 daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) manakala satu  lagi memerlukan bantuan mesin tambahan ‘heart / lung machine’ (ECMO).

Sementara itu, 30;kes lain yang dikategorikan dalam Kategori 4 sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment