26,303 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 11 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 26,303 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi yang direkodkan setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,206,021 kes.

Kes tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 22,820 yang direkodkan pada 9 September lalu.

Angka itu sudah dijangka apabila DoH melaporkan sebelum ini kemungkinan jumlah kes meningkat dalam beberapa hari disebabkan ada makmal yang tidak dapat mengemukakan data mengenai kes berkenaan.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 34,978 orang apabila 79 lagi meninggal dunia akibat Covid-19.

Sementara itu 16,013 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,985,337 orang pulih atau 90.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 185,706 atau 8.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment