16.8 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Sept. – Jumlah individu yang melengkapkan dos vaksin Covid-19 sehingga semalam meningkat kepada 16,856,812 orang atau 51.6 peratus daripada populasi negara ini.

Pada masa yang sama, sebanyak 21,195,778 individu atau 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama .

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), semala, sebanyak 287,059 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 111,027 dos pertama dan 176,032 dos lengkap turut diberikan..

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini melebihi 38 juta dos.

Lembah Klang dan Labuan merekodkan lebih 100 peratus daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara negeri-negeri lain termasuk Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan dan Sarawak menyaksikan lebih 80 peratus daripada populasinya menerima satu dos vaksin.

JKJAV sebelum ini menjelaskan, kadar pemberian vaksin melebihi 100 peratus kerana data jumlah populasi sedia ada belum mengambil kira perubahan saiz penduduk selepas bancian terakhir, selain vaksinasi kepada penduduk tanpa dokumen.

Related posts

Leave a Comment