JAKARTA 26 Ogos – Indonesia menambah kes jangkitan harian Covid-19 hari ini tetapi menunjukkan pengurangan dengan 16,899 kes berbanding 18,671 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,043,736. Lima provinsi menambah jumlah pesakit iaitu pasien Jawa Barat 10.948 orang dan kumulatifnya 645.331 orang, diikuti Jawa Timur 2.627 orang dan kumulatifnya 334.779 orang, Sumatera Utara 1.470 orang dan kumulatifnya 67.252 orang, DI Yogyakarta 1.383 orang dan kumulatifnya 127.772 orang serta Jawa Tengah 1.193 dan kumulatifnya 410.985 orang. Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 130,182 orang termasuk 889 kematian yang…
Read MoreDay: August 26, 2021
Kes harian Saudi turun kepada 290
RIYADH 26 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan kejatuhan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 290 kes selepas mengalami penurunan sejak lima hari berturut-turut. Semalam, Rabu, sebanyak 321 kes dilaporkan dan sebelum itu pada Selasa 353 dan 360:pada Isnin dan 385 pada hari Ahad. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 543,318 dengan kes aktif 3,889 dan 1,061 dalam keadaan kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak tujuh lagi meninggal dunia seperti dilaporkan dan ini membawa kepada 8,512 kematian. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 535 pesakit dilaporkan sembuh…
Read MoreDua kematian, 106 kes baharu
BANDAR SERI BEGAWAN 26 Ogos – Dua lagi pesakit yang sedang mendapatkan rawatan Covid-19 meninggal dunia hari ini dan 106 kes baharu direkodkan di Brunei Darussalam menjadikan jumlah keseluruhan tujuh kematian dan 2,265 kes. Menteri Kesihatan Dr Mohd Isham Jaafar berkata, kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang dilaporkan positif pada 25 Ogos dan mengalami pendarahan ‘intracerebral haemorrhage’ dan tidak dikategorikan kematian Covid-19. Kematian kedua, lelaki tempatan berusia 51 tahun yang dilaporkan positif pada 17 Ogos dan mengalami jangkitan paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Bercakap pada sidang media situasi…
Read MoreDua rekod, kematian, kes tertinggi
PUTRAJAYA 26 Ogos – Malaysia merekodkan sejarah pandemik Covid-19 hari ini apabila kes harian dan kematian adalah yang tertinggi dengan merekodkan 24,599 kes dan 393 kematian sejak pandemik dikesan Mac 2020. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah 1,640,843 kes dan 15,211 kematian. Jumlah kes harian tertinggi itu (24,000) dicapai lebih awal daripada jangkaan pada pertengahan September depan. Pada Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari. Daripada 24,591 kes…
Read MoreKluster Bugis Junction tambah kes
SINGAPURA 26 Ogos – Kluster Bugis Junction merekodkan 40 lagi kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan 101 jangkitan dicatatkan setakat ini. Jumlah tersebut adalah antara 112 kes baharu tempatan yang dilaporkan setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 66,928 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 31 kes berhubung kait dengan kes-kes sebelum ini dan dikuarantin, 17 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan dan 24 kes tidak dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini. Di samping kes tempatan, terdapat empat kes import direkodkan yang menjadikan jumlah kes hari ini adalah…
Read MoreSelangor terus tambah kes harian
PUTRAJAYA 26 Ogos – Semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat jangkitan baharu Covid-19 sama ada jumlahnya lebih tinggi atau rendah berbanding semalam dengan lapan negeri melaporkan angka harian empat digit. Selangor terus kekal mendahului negeri lain dengan 6,936 kes baharu berbanding 6,325 semalam selepas dua hari menunjukkan penurunan iaitu 4,645 (24 Ogos) dan 4,316 kes (23 Ogos). Sabah terus mencatatkan peningkatan kes dengan 3,487 berbanding 3,224 semalam diikuti Johor 2,785 (1,832), Pulau Pinang 2,078 (1,427), Sarawak 2,024 (1,667), Kedah 1,538 (2,279), Perak 1,170 (1,390), dan Kelantan 1,312 (1,424). Sementara itu…
Read MoreNSW Australia catat 1,029 kes
SYDNEY 26 Ogos – New South Wales merekodkan 1,029 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam tadi. Wabak itu yang bermula di bandar berkenaan pada pertengahan bulan Jun sudah melepasi 15,000 kes dan merebak ke bandar-bandar kecil dan bandar yang lai Tiga kematian turut dilaporkan yang melibatkan tiga lelaki berumur 30an, 60an dan 80an yang membawa kepada jumlah keseluruhan 79 kes sejak 16 Jun 2021. Berikutan perkembangan ini, pihak berkuasa turut melanjutkan arahan duduk di rumah di seluruh New South Wales sehingga 10 September ini. Setiap…
Read MoreFilipina catat 16,313 kes
MANILA 26 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,313 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,899,200 kes. Setakat pukul 4 petang, jumlah kematian turut meningkat apabila 236 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 32,728 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 9,659 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 1,734,551 orang sembuh atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 131,921 kes aktif dilaporkan.
Read MoreMiki….kabinet
Thailand catat 18,501 kes positif
BANGKOK 26 Ogos – Thailand merekodkan 229 kematian dan 18,501 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,314 orang meninggal dunia dan 1,120,869 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 18,362 kes positif melibatkan orang awam (termasuk 12 kes import) dan 139 dalam kalangan banduan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 20,606 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Kes kematian yang dilaporkan hari ini meliputi mereka yang berusia antara 12-97 tahun tetapi 66 peratus orang tua dan selain warga tempatan, kematian juga termasuk dua warga China,…
Read More