Kes harian Saudi turun kepada 290

RIYADH 26 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan kejatuhan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 290 kes selepas mengalami penurunan sejak lima hari berturut-turut.

Semalam, Rabu, sebanyak 321 kes dilaporkan dan sebelum itu pada Selasa 353 dan 360:pada Isnin dan 385 pada hari Ahad.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 543,318 dengan kes aktif 3,889 dan 1,061 dalam keadaan kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak tujuh lagi meninggal dunia seperti dilaporkan dan ini membawa kepada 8,512 kematian.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 535 pesakit dilaporkan sembuh dan jumlah kes pulih meningkat kepada 530,917 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan 62 kes diikuti Makkah 51, daerah Timur 30 dan daerah Qassim 29.

Related posts

Leave a Comment