Selangor terus tambah kes harian

PUTRAJAYA 26 Ogos – Semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat jangkitan baharu Covid-19 sama ada jumlahnya lebih tinggi atau rendah berbanding semalam dengan lapan negeri melaporkan angka harian empat digit.

Selangor terus kekal mendahului negeri lain dengan 6,936 kes baharu berbanding 6,325 semalam selepas dua hari menunjukkan penurunan iaitu 4,645 (24 Ogos) dan 4,316 kes (23 Ogos).

Sabah terus mencatatkan peningkatan kes dengan 3,487 berbanding 3,224 semalam diikuti Johor 2,785 (1,832), Pulau Pinang 2,078 (1,427), Sarawak 2,024 (1,667), Kedah 1,538 (2,279), Perak 1,170 (1,390), dan Kelantan 1,312 (1,424).

Sementara itu merekodkan tiga angka adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 881 kes, turun sedikit berbanding 1,128 semalam, Pahang 690 (522), Terengganu 567 (744), Negeri Sembilan 526 (269) dan Melaka 515 (342).

Perlis pula menambah jumlah kes dengan 67 berbanding 44 semalam manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya 20 kes (21) dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes berbanding empat semalam.

Related posts

Leave a Comment