Thailand catat 18,501 kes positif

BANGKOK 26 Ogos – Thailand merekodkan 229 kematian dan 18,501 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,314 orang meninggal dunia dan 1,120,869 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 18,362 kes positif melibatkan orang awam (termasuk 12 kes import) dan 139 dalam kalangan banduan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 20,606 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Kes kematian yang dilaporkan hari ini meliputi mereka yang berusia antara 12-97 tahun tetapi 66 peratus orang tua dan selain warga tempatan, kematian juga termasuk dua warga China, seorang Myanmar, Taiwan dan Singapura.

Kematian paling muda juga menghidap kanser sementara lima kematian di penjara.

Bangkok terus merekodkan kematian tertinggi dengan 71 kes manakala beberapa wilayah lain turut merekodkan kes termasuk 16 Pathum Thani, 14 kes masing-masing di Samut Sakhon dan Samut Prakan serta lima kes di Nakhon Pathom .

Bangkok juga mencatatkan kes harian tertinggi dengan 4,178 kes diikuti Samut Prakan 1,887, Samut Sakhon 982, Chonburi 973, Nakhon Ratchasima 693 dan Nonthaburi 504..

Sementara itu kes import melibatkan mereka yang tiba dari Malaysia (2),Kemboja (4 ), Myanmar ( 3 ), Austria (1), dan United Kingdom (2).

Related posts

Leave a Comment