MANILA 26 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,313 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,899,200 kes.
Setakat pukul 4 petang, jumlah kematian turut meningkat apabila 236 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 32,728 orang.
Bagi tempoh yang sama, sebanyak 9,659 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 1,734,551 orang sembuh atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes.
Sebanyak 131,921 kes aktif dilaporkan.
