Amanah yakin menang semua 7 kerusi

KUALA LINGGI 3 Nov. – Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yakin parti itu mampu memenangi kesemua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang  ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, 14 November ini

Beliau , berkata keyakinan itu selari sasaran Pakatan Harapan (PH) untuk membolot 18 daripada 24 kerusi DUN yang bakal ditandingi pada pilihan raya kali ini.

“Amanah bertanding tujuh kerusi DUN… kita yakin akan memenangi semuanya, insya-Allah,” katanya pada sidang media selepas program kempen PH PRN Melaka di Telok Gong, di sini, malam tadi.

Mengulas pemilihan calon muda PH pula, Mohamad berkata, gabungan itu tidak ketandusan sokongan golongan berkenaan, selain turut memberi ruang kepada calon daripada pelbagai peringkat umur.

Beliau berkata, calon muda yang dilihat layak dan berkebolehan perlu diberi peluang diketengahkan kepada masyarakat.

Katanya, PH tidak kekurangan sokongan anak-anak muda dan anak muda yang difikirkan layak dan berkebolehan, akan diketengahkan kepada awam.

Saya sendiri menjadi calon pada usia 27 tahun,” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, penekanan terhadap calon muda bagaimanapun bukan bermakna golongan veteran diketepikan, kerana PH adalah gabungan mewakili semua lapisan umur.

Mengenai kehadiran penyokong ketika penamaan calon pula, Mohamad berkata, jumlah kehadiran pada 31 Oktober lalu itu tidak semestinya menggambarkan sokongan sebenar pengundi ketika hari mengundi.

Katanya, beliau mempunyai pengalaman sama ketika bersama Pas apabila kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon tidak semestinya menjamin kemenangan.

PH sebelum ini menyasarkan membolot 18 daripada 24 kerusi DUN yang bakal ditandingi pada PRN Melaka, termasuk mempertahankan lima kerusi yang dimenangi sebelum ini.

Pada PRU DN kali ini, PH menerusi tiga komponennya diwakili 10 calon PKR, manakala DAP dan Amanah masing-masing tujuh calon.

Nnn

Related posts

Leave a Comment