Filipina catat 4,700 kes, 136 maut

MANILA 19 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,700 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,159,071 kes.

Setakat pukul 4 petang hari ini, seramai 136 lagi pesakit meninggal dunia sekaligus menambah jumlah kematian kepada 19,507.

Kes pesakit sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 6,986 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,089,613 atau 94.0 peratus.

Kes aktif pula 49,951 kes.

Related posts

Leave a Comment