Kluster Bugis Junction tambah kes

SINGAPURA 26 Ogos – Kluster Bugis Junction merekodkan 40 lagi kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan 101 jangkitan dicatatkan setakat ini.

Jumlah tersebut adalah antara 112 kes baharu tempatan yang dilaporkan setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 66,928 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 31 kes berhubung kait dengan kes-kes sebelum ini dan dikuarantin, 17 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan dan 24 kes tidak dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini.

Di samping kes tempatan, terdapat empat kes import direkodkan yang menjadikan jumlah kes hari ini adalah 116 kes.

Sementara itu, MoH mengumumkan semalam, kedai serbaneka  BHG di Bugis Junction  ditutup selama lima hari sehingga 30 Ogos untuk memutuskan sebarang rantaian jangkitan Covif-19 yang dikaitkan dengan kedai itu..

Dalam kalangan 61 kes yang dikaitkan dengan kluster itu, 51 melibatkan individu yang bekerja di pusat beli-belah berkenaan – dengan 46 daripadanya adalah pekerja BHG.. Baki 10 individu adalah pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Kakitangan yang bekerja di kedai-kedai terjejas di pusat beli-belah berkenaan sedang menjalani ujian dan kontak rapat kes-kes yang disahkan akan dikuarantin.

Related posts

Leave a Comment