Kes harian Indonesia turun

JAKARTA 26 Ogos – Indonesia menambah kes jangkitan harian Covid-19 hari ini tetapi menunjukkan pengurangan dengan 16,899 kes berbanding 18,671 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,043,736.

Lima provinsi menambah jumlah pesakit iaitu pasien Jawa Barat 10.948 orang dan kumulatifnya 645.331 orang, diikuti Jawa Timur 2.627 orang dan kumulatifnya 334.779 orang, Sumatera Utara 1.470 orang dan kumulatifnya 67.252 orang, DI Yogyakarta 1.383 orang dan kumulatifnya 127.772 orang serta Jawa Tengah 1.193  dan kumulatifnya 410.985 orang. 

Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 130,182 orang termasuk 889 kematian yang dilaporkan hari ini.

Kes sembuh pula bertambah sebanyak 30,099 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 3,669,966 orang pulih daripada jangkitan manakala kes aktif pula adalah 243,588.

Related posts

Leave a Comment