Dua rekod, kematian, kes tertinggi

PUTRAJAYA 26 Ogos – Malaysia merekodkan sejarah pandemik Covid-19 hari ini apabila kes harian dan kematian adalah yang tertinggi dengan merekodkan 24,599 kes dan 393 kematian sejak pandemik dikesan Mac 2020.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah 1,640,843 kes dan 15,211 kematian.

Jumlah kes harian tertinggi itu (24,000) dicapai lebih awal daripada jangkaan pada pertengahan September depan.

Pada Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari.

Daripada 24,591 kes baharu itu, 19,712 melibatkan warganegara dan 4,879 bukan warganegara manakala lapan kes import terdiri daripada dua warganegara dan enam bukan warganegara.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 294 melibatkan warganegara sementara 99 kematian lagi terdiri daripada bukan warganegara.

Sebanyak 100 kes kematian itu berkaitan dengan Brought In Dead (BID) dengan pecahan 50 warganegara dan selebihnya warga asing.

Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 125 diikuti 61 kematian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 48 kes (Johor), 33 kes (Melaka), 31 kes (Pulau Pinang), 26 kes (Sabah), 20 kes (Negeri Sembilan), 15 kes (Kedah dan Perak), sembilan kes (Kelantan), lapan kes (Pahang) serta dua kes (Terengganu).

Dalam masa sama, Malaysia mencatatkan pesakit sembuh tertinggi dalam tempoh sebulan yang lepas iaitu sebanyak 22,657 kes.

Jika dibandingkan pada 25 Julai 2021, jumlah kes yang didiscaj daripada hospital adalah 1,562 orang dan jumlah ini meningkat kepada 2,153 orang pada semalam (25 Ogos).

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, walaupun hari ini negara mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang pandemik, namun, kebanyakan kes yang dilaporkan berada di kategori klinikal 1 dan 2 semasa didiagnos.

Related posts

Leave a Comment