NSW Australia catat 1,029 kes

SYDNEY 26 Ogos – New South Wales merekodkan 1,029 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam tadi.

Wabak itu yang bermula di bandar berkenaan pada pertengahan bulan Jun sudah melepasi 15,000 kes dan merebak ke bandar-bandar kecil dan bandar yang lai

Tiga kematian turut dilaporkan yang melibatkan tiga lelaki berumur 30an, 60an dan 80an yang membawa kepada jumlah keseluruhan 79 kes sejak 16 Jun 2021.

Berikutan perkembangan ini, pihak berkuasa turut melanjutkan arahan duduk di rumah di seluruh New South Wales sehingga 10 September ini.

Setiap orang perlu duduk di rumah kecuali alasan munasabah untuk keluar, mereka tidak dibenarkan menerima pelawat termasuk keluarga dan rakan.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di NSW adalah 21,282.

Sebanyak 698 kes dirawat di hospital di mana 116 di unit jagaan rapi dan 43 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu di negeri Victoria yang mencatatkan penularan lebih kecil berbanding Melbourne mengumumkan tambahan 80 kes baharu hari ini.

Lebih separuh daripada 25 juta populasi keseluruhan rakyat di Australia sedang melalui perintah berkurung termasuk penduduk di Sydney yang sudah ‘duduk di rumah’ selama lebih dua bulan.

Program vaksinasi di Australia sebelum ini agak perlahan, namun ia mula rancak selepas lebih banyak bekalan vaksin tiba di negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan hampir satu pertiga populasi dewasanya sudah lengkap vaksinasi.

Dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam tadi, sebanyak 51,232 dos vaksin diberikan dan jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan adalah 6,280,700.

Related posts

Leave a Comment