Kes positif Indonesia cecah 4 juta

JAKARTA 24 Ogos – Angka kesembuhan harian kes jangkitan Covid-19 mencapai 35,082 orang hari ini mengatasi jumlah kes positif Indonesia sebanyak 19,106. Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 3,606,164 orang dan jumlah keseluruhan kes positif pula 4,008,166 dengan kes aktif 273,750. Di samping itu, 1,038 lagi pesakit meninggal dunia yang kumulatifnya mencapai 128,252. Lima provinsi mencatat kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 14,252 dan kumulatifnya 621,347 diikuti Jawa Timur 3,313 (329,462),  Sumatera Utara 1.944 (63,752), Yogyakarta 1,723 (125,182), dan Kalimantan Timur 1,089 (132.652).  Jawa Barat merekodkan 5,255 kes…

Read More

Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 24 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan mencatatkan 353 kes baharu hari ini berbanding 360 semalam dan 384 pada hari sebelumnya. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), tujuh lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 542,707 manakala kematian pula 8,497 orang. Sebanyak 456 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 529,833 orang pulih daripada Covid-19. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 72 kes diikuti Makkah 66, daerah Timur 41 dan Jazan 34. Sebanyak 4,377 kes…

Read More

111 tempatan, 5 import di Singapura

SINGAPURA 24 Ogos – Singapura hari ini melaporkan 111 kes tempatan baharu Covid-19 dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,692 Menurut Kementerian Kesihatan ( MoH), kes tempatan termasuk 24 yang berhubung kait dengan kluster asrama (dormitori) North Coast Lodge di Woodlands. Lebih 5,300 pekerja yang menginap di asrama berkenaan selesai menjalani ujian swab dalam tempoh tiga hari lalu dan hanya 12 keputusan ujian belum diperoleh. MoH dalam kenyataannya menyebut sebanyak 24 kes berkait dengan kes sebelum ini dan dikuarantin,  30 kes yang…

Read More

Dua kematian, 110 kes baharu Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan dua kematian baharu berkaitan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia setakat ini lima orang. Ini juga kematian pertama selepas lebih setahun Brunei Darussalam tidak merekodkan sebarang kes tempatan. Menteri Kesihatan Dr. Mohamad Isham Jaafar berkata, kematian pertama melibatkan seorang wanita tempatan berusia 85 tahun yang dimasukkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan pada 14 Ogos lalu. Kematian kedua,  seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun yang juga dimasukkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan pada 22 Ogos. Kedua-duanya mengalami masalah jangkitan paru-paru…

Read More

12 kit ujian kendiri lulus

PUTRAJAYA 24 Ogos – Sebanyak 12 kit ujian kendiri Covid-19 telah mendapat kelulusan bersyarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kit berkenaan boleh dijual untuk kegunaan orang awam. Pengguna juga mestilah memastikan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA. Kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibeli di farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan MDA. Penjualan kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek…

Read More

Kes harian kembali lepasi 20,000

PUTRAJAYA 24 Ogos – Kes harian Covid-19 kembali melepasi 20,000 apabila 20,837 kes direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,593,602 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, setakat ini sebanyak 262,713 kes aktif dengan kebolehjangkitan dilaporkan dan daripada jumlah itu 1,063 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 511 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Dalam kenyataan, hari ini, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 9,540 kes berada dalam kategori satu iaitu tidak mempunyai gejala dan daripada jumlah berkenaan 81.5 peratus tidak lengkap vaksinasi.…

Read More

303 kematian, 12,067 kes Filipina

MANILA 24 Ogos – Jumlah kematian harian akibat Covid-19 di Filipina menunjukkan peningkatan berganda apabila 303 lagi kes dilaporkan berbanding 151 orang yang direkodkan meninggal dunia semalam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 setakat ini meningkat kepada 32,264 orang. Setakat pukul 4 petang ini, DoH Filipina merekodkan 12,067 lagi kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,869,691 dengan kes aktif pula 127,703. Kes sembuh juga meningkat kepada 1,709,724 orang atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes sembuh ini termasuk 14,565 pesakit yang…

Read More

Sarawak melepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 24 Ogos – Sarawak melepasi jumlah keseluruhan 100,000 kes Covid-19 sementara Selangor masih mendahului negeri lain dengan kes yang ‘rendah’ tetapi masih menunjukkan peningkatan harian iaitu 4,645 kes berbanding 4,316 semalam. Beberapa negeri masih menunjukkan peningkatan kes yang turut mempengaruhi kenaikan semula kes jangkitan seluruh negara daripada 17,672 kepada 20,837. Sabah merekodkan peningkatan kes dengan 3,376 berbanding 1,538 semalam diikuti Pulau Pinang 2,054 (1,451), Kedah 1,772 (1,602), Johor 1,743 (1,367), Sarawak 1,543 (1,538), Kelantan 1,422 (1,176), Kuala Lumpur 1,284 (891) dan Perak 1,242 (952). Pahang merekodkan 521 (506), Melaka…

Read More

Thailand rekod penurunan kes

BANGKOK 24 Ogos – Thailand terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan angka di bawah 20,000 kes hari ini iaitu 17,165 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,083,951 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 226 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 9,788 orang. Setakat semalam, sebanyak 20,059 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 881,829 pesakit pulih. Kematian melibatkan individu berumur antara 21 hingga 98 tahun termasuk lapan warga Myanmar, masing-masing seorang Kemboja dan China. Bangkok merekodkan kematian tertinggi dengan 68 orang serta wilayah sekitarnya yang…

Read More

Vaksinasi harian merosot

PUTRAJAYA 24 – Jumlah vaksinasi harian yang direkodkan semalam merosot kepada 396,576 dos berbanding 441,100 pada hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, 150,469 adalah penerima dos pertama manakala 246,109 penerima dos kedua. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos. Walaupun dos merosot, individu yang melengkapkan suntikan dos vaksin, meningkat kepada 56.9 peratus atau 13,315,774 orang,dan 18,476,589 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 26 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang, membabitkan daerah Gombak,…

Read More